Berita & Peristiwa

100314 Program Karnival Sungai Klang 2010

Seawal jam 07:00 pagi pada 14/03/2010 kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai bersama kumpulan River Ranger Pangsapuri Damai Senja telah keluar untuk ke tapak "Karnival Sungai" bagi menyertai Program Karnival Sungai Klang 2010 yang berlangsung di Pengkalan Dato, Klang selama 2 hari bermula pada 13~14 Mac 2010. Kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Damai Senja adalah kumpulan komuniti dibawah majlis tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Perasmian Karnival Sungai Klang tersebut telah di rasmikan oleh Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam Karnival Sungai Klang 2010 ini, diantaranya ialah Larian Bandar Diraja, Pertandingan kayak, Pertandingan Memancing, ‘River Hunt’, Pertandingan Melukis, ‘Flying Fox’ dan ‘Shopping Game’, persembahan kombo pihak berkuasa tempatan dan hiburan artis tempatan.

Kumpulan River Ranger Pangsapuri Permai mengambil bahagian dalam pertandingan River Hunt (5 orang peserta/kumpulan), Shopping Game (10 orang peserta/kumpulan) dan Peraduan melukis dan mewarna saputangan kanak-kanak (10 orang peserta/kumpulan). Dengan ketekunan dan komitment yang tinggi kumpulan kita telah dapat menjuarai semua acara yang disertai. Peserta Shopping Game mendapat tempat 1, River Hunt tempat ke 2 dan mewarna tempat ke 3. Salah seorang adik kita, adik Firdaus Mat Piah berjaya memenangi hadiah sebuah pemain cakera DVD jenama Philip dalam cabutan ke 17/20, acara cabutan bertuah.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan River Ranger Pangsapuri Permai atas kejayaan dalam sukaneka dan komitment yang berterusan.
Photobucket

100307 Gotong Royong Membersih Longkang Besar Jalan PJS 1/25

Sebagaimana yang diputuskan dalam perbincangan pada 22/02/2010 semasa kajian kualiti air sungai Klang di jalankan mencetuskan idea untuk mengadakan gotong royong membersih kawasan longkang utama jalan PJS 1/25 saliran air ke Sungai Klang sebagai satu usaha yang berterusan bagi mendidik komuniti setempat berkaitan pemuliharaan Sungai Klang.

Gotong royong tersebut bermula jam 08:30 pagi adalah gabungan kumpulan komuniti Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai, Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai, Kawasan Rukun Tetangga Damai Senja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (LA)dan Alam Flora.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan gotong royong ini.
Photobucket



100222 Kajian Kualiti Air Sungai Klang (Tapak Tmn Sri Manja)

Sebagaimana yang telah di putuskan dalam mesyuarat kali kedua Program Pembelajaran Sungai dan Program River Ranger Sungai Klang pada 11 Februari 2010 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah membuat ketetapan mengenal pasti tapak sungai Klang berhampiran kawasan Taman Sri Manja, untuk membuat lawatan tapak dan membuat kajian kualiti air sungai pada 22 Februari 2010 jam 03:00 petang. Dua kumpulan NGO dari Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai, Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Permai dan Kawasan Rukun Tetangga Damai Senja telah  turut serta merialisasikan seruan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pengurusan dan pemulihan sungai Klang.

Pemantauan yang kami jalankan disekitar kawasan tapak kajian kualiti air sungai Klang, tapak Taman Sri Manja telah mengenal pasti rangkaian punca air masuk adalah dari kawasan Petaling Jaya Lama (PJ Old Town), merentasi Jalan PJS 1/25 ke Taman Sri Manja dan pertembungan punca air dari kawasan pembuangan sampah/penimbusan tapak bekas lombong Medan Maju Jaya. Laluan punca air ini merentasi kawasan perumahan, kawasan perindustrian ringan, kawasan penimbusan tapak lombong Medan Maju Jaya dan kawasan pembangunan pembinaan lebuh raya persimpangan Kinrara, Lebuhraya Shah Alam.

Dalam pemerhatian fizikal kami dapati tebing kawasan sungai Klang Tapak Taman Sri Manja telah dibuat penjajaran semula dengan menimbus tebing sungai melibatkan 50% kelebaran kawasan sungai bagi pembinaan cerucuk jambatan lebuh raya Kinrara Shah Alam, sedikit sebanyak telah merubah struktur hidrologi sistem aliran air sungai. Kami mendapati terdapat 3 lokasi tapak pembuangan sampah haram ditebing sungai yang masih aktif dalam jarak sekitar 50 meter hingga 100 meter tidak jauh dari tapak lokasi kami menguji air.

Hasil dari penilaian kualiti air yang kami buat secara keseluruhannya dalam katigori sederhana, tidak begitu memuaskan dan satu tindakan yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat khasnya dan komuniti kawasan lembah Klang amnya perlu digiatkan terutama dalam memperomosi, membangun dan implimentasi penggurusan dan pemulihan sungai Klang seiring dengan pembangunan lain demi kebaikan bersama.

Langkah plan tindakan tempatan awal adalah dengan mengadakan program gotong royong membersih parit/longkang dan membuang sampah sarap haram di lokasi tebing sungai sebagai punca pencemaran sungai perlu dijalankan dalam tempoh terdekat ini. Disamping itu program ceramah, pameran dan demonstrasi bagi memberi kesedaran,ilmu dan kemahiran kepada komuniti setempat perlu diteruskan dari masa ke semasa. Kami penuh yakin dengan pengisian program yang lebih sistematik dan menyeluruh mampu memberikan impak meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keutamaan pemuliharaan penjagaan lembangan sungai Klang kita.

Kajian Kualiti Air Tapak Sungai Klang, Taman Sri Manja  22/02/2010 - 3:30pm

Pemantauan Bahan Kimia - Lokasi 1
(Punca Air Masuk Dari Longkang Jalan PJS 1/25)
pH -8
DO - 0 PPM
Turbidity - 100 JTU
Fosfat - Nil
Nitrat - Nil
Suhu - 30c

Pemantauan Bahan Kimia Lokasi 2
(Punca Sungai Klang selepas Air Masuk Dari Longkang Jln PJS 1/25)
pH -7
DO - 4 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 2 PPM
Nitrat - Nil
Suhu - 30c

Photobucket


100123 Latihan River Ranger Sungai Kelang Zon 2

Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B PJS (PBB) dan badan NGO lain yang berhampiran Sungai Klang telah dijemput untuk menyertai latihan River Ranger dalam "Program Pendidikan Komuniti River Ranger Sungai Klang" pada Sabtu, 23 Januari 2010. bertempat dibilik seminar 1, Bangunan MBPJ anjuran bersama Global Environment Centre (GEC).

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pengurusan sungai. Untuk menubuhkan kumpulan River Ranger bagi menyokong aktiviti pemantauan lembangan sungai Klang oleh komuniti setempat. Untuk menyokong penglibatan komuniti dalam projek pemulihan sungai Klang melalui penubuhan jaringan River Ranger.

Banyak input dan output yang berguna telah kami perolehi dalam program latihan tersebut dan yang pasti tahap kesedaran tertinggi tentang pentingnya penjagaan sungai telah menyerap kedalam minda dan tubuh kami bagai arus sungai yang jernih mengalir tanpa henti.

Pengalaman kumpulan kami (Kumpulan MBPJ) yang kami perolehi dalam latihan asas kerja lapangan kualiti sungai dengan mengambil kira Hidrologi Sungai, Kelajuan, Pemerhatian Fizikal, Kajian Kualiti Air, Kajian Biologi di tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala dan tapak Desa Mentari amat mengujakan dan amat berguna.

Berikut adalah penilaian kajian kualiti air yang kami jalankan :

1. Tapak Bukit Kiara, Sungai Penchala

Pada keseluruhannya kualiti air dikawasan tersebut adalah baik dan boleh diminum terus berikutan penemuan banyak hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) diantaranya Stonefly Nymphs, Udang Sungai (Udang Merah) dan Ikan. Difahamkan kualiti air disetiap bahagian sungai dinilai berdasarkan kehadiran organisma hidup yang tinggal didalam air dari kategori haiwan tanpa tulang belakang (invertebrata) dan ikan yang hanya hidup disungai-sungai yang jernih bersih dan bebas pencemaran.

Kajian Kualiti Air Tapak Bukit Kiara, Sg Penchala 23/01/2010 - 3:30pm/15:20hrs
pH - 7
DO - 8 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 4 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 26c

2. Tapak Desa Mentari

Pada keseluruhannya kualiti air sungai ini tidak selamat untuk diminum memandangkan telah dicemari oleh sisa buangan domestik kerana aliran sungai ini merintasi kawasan industri, kawasan perumahan dan tapak-tapak pembangunan. Tidak menemui sebarang hidupan organisma (Hidupan Tanpa Tulang Belakang) sebagaimana yang terdapat ditapak sungai Bukit Kiara Sungai Penchala di sungai ini.

Kajian Kualiti Air Tapak Desa Mentari 23/01/2010 - 4:30pm/16:30hrs
pH - 7
DO - 4 PPM
Turbidity - 40 JTU
Fosfat - 2 PPM
Nitrat - 5 PPM
Suhu - 28c

Photobucket

Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Blok B (PBB)
Laman Sesawang: www.pbbpjs.blogspot.com